mutakhir

Rombongan MMC Coporation singgah Balai Berita NSTP

Kuala Lumpur: Pengurusan kanan MMC Corporation Berhad melakukan kunjungan rasmi ke Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di sini semalam, bagi mengenali lebih rapat dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak.

Kunjungan MMC seramai 14 orang itu diketuai Pengarah Urusan Kumpulan MMC Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mahfar Ali dan Pengarang Kumpulan NST Mustapha Kamil Mohd Janor.

Selepas perbincangan serta taklimat hampir dua jam, rombongan MMC turut dibawa melawat ke Jabatan Editorial Berita Harian dan Harian Metro untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses operasi dan penulisan berita.

Disiarkan pada: January 27, 2016 @ 8:53am
d