mutakhir

IKBN tawar kursus separuh, sepenuh masa

Kota Tinggi: Usaha Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menawarkan kursus separuh dan sepenuh masa dalam bidang minyak dan gas menyokong projek pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang.

Pendekatan itu membantu meningkatkan kemahiran golongan belia tempatan dalam projek pembangunan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang.

Timbalan Pengarah, Pengurusan Latihan IKBN, Bandar Penawar, Shaidon Bahrom berkata, kedudukannya yang berdekatan dengan projek pembangunan berskala besar itu menjadi pemangkin kepada pembabitan institusi terbabit dalam bidang minyak dan gas.

Katanya, bermula dengan memorandum persefahaman (MoU) bersama Petronas pada 2012, potensi minyak dan gas mampu mengembangkan potensi bakat tempatan dalam bidang berkenaan.

“Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di Batu Rakit, di Kuala Terengganu melatih tenaga pengajar sebagai persediaan menawarkan kursus dalam bidang minyak dan gas di IKBN Bandar Penawar.

“Menjelang tahun 2013, seramai 12 tenaga pengajar dipilih untuk ditempatkan di IKBN Bandar Penawar bagi keperluan pengajaran bidang itu,” katanya.

JPDC berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak SIRIM dan American Welding Society (AWS) untuk kursus pensijilan kimpalan yang juga ditawarkan di IKBN Bandar Penawar.

“JPDC turut memberi maklumat terkini fasa kerja yang sedang dilaksanakan di RAPID Pengerang,” katanya.

Katanya, dua kursus utama ditawarkan kepada peserta pada 2013 ialah Kursus Kesihatan dan Keselamatan (HSE) dan kimpalan.

Disiarkan pada: January 30, 2016 @ 5:20am
d