mutakhir

11 rebut juara CAA

Syarikat Nestle (Malaysia) Berhad menganjurkan Anugerah Seni Kulinari (CAA) Profesional Nestle ke-9 yang menyaksikan 11 pelajar dari institusi kulinari terkemuka negara bersaing menentukan siapakah terbaik antara peserta pertandingan berkenaan.

Universiti dan kolej yang menyertai pertandingan itu ialah Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya, Kolej Seni dan Teknologi HELP, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Kolej Antarabangsa Pengurusan Hotel YTL, Kolej Antarabangsa INTI Subang, Universiti NILAI, Universiti Taylor’s, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC), UiTM Terengganu dan Universiti UCSI Kuala Lumpur.

Pengurus Perniagaan Serantau Nestle Profesional (Malaysia-Singapura) Jasmmine Wong berkata, peserta bersaing merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai RM3,000 selain pakej latihan amali eksklusif di Le Meridien Kuala Lumpur di bawah bimbingan Chef Eksekutif hotel itu, Antoine Rodriquez.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Besar Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia Nidzam Kamarulzaman, Presiden Persatuan Hotel Malaysia Samuel Cheah dan Naib Canselor UNITAR Profesor Madya Dr Sakina Sofia Baharon.

Disiarkan pada: January 31, 2016 @ 5:07am
d