mutakhir

SPAD prihatin insiden pukul

Ipoh: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung atau membatalkan lesen operasi pemandu dan pengusaha bas ekspres yang terbabit dalam insiden memukul seorang penumpang ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari lalu seperti tersebar di laman sosial, baru-baru ini jika didapati bersalah.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, selain berdepan tindakan digantung lesen operasi, SPAD juga mempunyai hak membatalkan atau menggantung kad pemandu.

“Bagaimanapun kuasa untuk membatalkan lesen PSV (lesen memandu kenderaan awam) di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“SPAD akan mengambil tindakan bersesuaian mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan kepada kami,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Terminal Bas Aman Jaya dan merasmikan penyerahan bas ekspres baru Perak Transit Ekspres di sini, semalam.

Disiarkan pada: February 3, 2016 @ 6:47am
d