mutakhir

MBSA edar 100 unit tong sampah

Shah Alam: Sebanyak 100 unit tong sampah diedarkan kepada penduduk sekitar Seksyen 24 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, program penyerahan tong sampah berkenaan disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

“Program ini adalah komitmen MBSA dalam memupuk sikap mementingkan kebersihan dalam kalangan warga bandar raya ini.

“Selain itu, penduduk akan lebih bertanggungjawab di dalam memelihara alam sekitar melalui program ini,” katanya.

Shahrin berkata, penyerahan tong sampah berkenaan adalah sebahagian daripada 300 unit tong sampah yang diterima MBSA daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata, baki 200 unit tong sampah lagi akan diedarkan ke Zon 6 dan Zon 23 dalam masa terdekat.

Disiarkan pada: February 5, 2016 @ 7:08am
d