mutakhir

APMM bantu budak OKU

Endau: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), melakukan pelayaran ihsan membawa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang mengalami sawan dari Kampung Genting, Pulau Tioman ke jeti Tanjung Gemuk, di sini, pada Rabu lalu, bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Izzahra Sofea Natasya Rosdi, 4, dibawa ke jeti Tanjung Gemuk dengan kapal KM Tatau yang diketuai Pegawai Memerintah, Leftenan Komander Hilmi Abdullah pada jam 8.30 malam.

Khidmat APMM diperlukan kerana bot penduduk kampung tidak dapat berlayar berikutan keadaan laut bergelora.

Disiarkan pada: February 7, 2016 @ 5:07am
d