mutakhir

PM rai pernikahan anak Ahmad Maslan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa hampir sejam pada majlis pernikahan anak perempuan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di Presint 10, di sini, semalam.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba jam 10.55 pagi disambut Ahmad dan isteri Datin Noraini Sulaiman serta kenamaan lain.

Najib dan isteri turut diperkenalkan kepada pasangan mempelai, Nurul Izzatul Shahirah Ahmad dan Ahmad Haqimi Iskandar Ariffin Iskandar masing-masing berusia 22 tahun, selain menyertai makan beradab bersama pengantin dan keluarga kedua-dua pengantin.

Lebih 300 tetamu hadir memeriahkan majlis perkahwinan itu termasuk pemimpin tempatan dan kenamaan.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Terdahulu, majlis akad nikah dilakukan sendiri Ahmad sambil disaksikan Imam Besar Masjid Putra Abd Manaf Mat yang mana ia berlangsung jam 9.30 pagi.

Difahamkan, kedua-dua mempelai akan berlepas ke Perth, Australia pada 15 Februari ini bagi menyambung pengajian dalam bidang pengurusan sumber manusia di Universiti Curtin, Perth.

Majlis resepsi berlangsung 9 Februari ini di Dewan Seri Hendon, Puspanitapuri, Presint 10, di sini.

Disiarkan pada: February 7, 2016 @ 5:11am
d