mutakhir

14 premis diambil tindakan

Shah Alam: Sebanyak 14 premis perniagaan dikenakan tindakan kerana membina tanjakan atau ‘ramp’ tanpa kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 31 dan U3, bulan lalu.

Tindakan diambil dalam Operasi Bersepadu Memecah Tanjakan bagi mengesan dan menangani masalah pemilik premis yang menyalahgunakan tempat letak kereta.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, kerja memecahkan tanjakan itu menggunakan jentera khas bagi menanggalkan binaan terbabit.

“Seramai 15 kakitangan Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan terbabit dalam operasi ini.

“Penggunaan tempat letak tanpa kebenaran untuk perniagaan adalah satu mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133),” katanya.

Shahrin berkata, MBSA mengenal pasti 20 kategori yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas antaranya kedai membaiki kereta/motosikal, kedai menjual aksesori kereta/motosikal, kedai menjual perabot, klinik atau pasar raya/kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang.

Disiarkan pada: February 11, 2016 @ 7:36am
d