mutakhir

Rakyat perlu pertahan keamanan

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengekalkan keamanan, keharmonian serta keselamatan negara dan kerajaan akan terus melakukan yang terbaik bagi mempertahankannya.

Katanya, tidak ada tolak ansur terhadap pandangan dan tindakan golongan radikal serta pelampau yang mengancam keselamatan rakyat dan pihak berkuasa akan bertindak terhadap mereka yang bertindak sebegitu.

“Ketika saya menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina baru-baru ini, ia amat menggembirakan apabila melihat rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama datang bersama-sama merayakan perayaan yang penuh keriangan ini.

“Ini adalah semangat sebenar 1Malaysia dan keistimewaan yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia dan masyarakat berbilang kaum di bawah satu bumbung,” katanya dalam catatan di blog www.najibrazak.com semalam.

Di laman Twitter, Najib mengucapkan tahniah kepada pengasas MERCY Malaysia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang dilantik sebagai Pengerusi Akademi Kepemimpinan Kemanusiaan.

“Malaysia bangga dengan usaha Dr membantu yang memerlukan,” katanya.

Disiarkan pada: February 12, 2016 @ 10:08am
d