mutakhir

NSTP sumbang 10 komputer [METROTV]

Oleh myMetro

Hulu Langat: The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menyumbang 10 unit komputer terpakai kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil di sini, semalam, dalam usaha menambahkan lagi kemahiran teknologi terutama dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Ketua Pegawai Teknologi Media Prima Berhad (MPB) Zuraidah Atan berkata, pemberian komputer itu diharap dapat memudahkan pelajar mempelajari asas terkini komputer bagi meningkatkan ilmu teknologi sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.

Katanya, komputer terpakai itu dinaik taraf dalam usaha MPB menyokong semangat belajar menggunakan kemudahan moden dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

“Usaha dilakukan NSTP kali ini selaras matlamat kita memperkasakan sektor pendidikan, seterusnya melahirkan generasi muda maju selain memacu negara ke peringkat lebih tinggi.

“Saya yakin sumbangan komputer ini membantu pelajar SMK Abdul Jalil kuasai kemahiran teknologi memainkan peranan penting mengisi peluang pekerjaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan komputer berkenaan kepada Pengetua SMK Abdul Jalil Sofia Nor Molhit di bilik makmal komputer sekolah itu, di sini.

Sementara itu, Sofia Nor berterima kasih dengan sumbangan diberikan dan yakin kemudahan itu digunakan sebaik mungkin.

Disiarkan pada: February 24, 2016 @ 9:47am
d