mutakhir

Juara atasi 30,000 penyertaan

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Southern Rubber Works Sdn Bhd (SRWSB), pengedar kasut jenama Pallas mengumumkan dua pemenang utama Peraduan Kembali Ke Sekolah Dengan Pallas ‘Dare To Dream’ di Ibu Pejabat Pallas di Lebuh Pantai di sini, semalam.

Peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM30,000 bermula daripada 15 November tahun lalu hingga 15 Januari lalu menarik lebih 30,000 penyertaan.

Pengurus Bahagian Jualan Wilayah SRWSB Ooi Seng Hin berkata, tahun ini, dua Honda Wave 11DX ditawarkan sebagai hadiah utama selain lima Samsung Galaxy Tab A dan 10 telefon bimbit Samsung Galaxy J1.

Ooi berkata, dua pemenang motosikal adalah Toh Siew Gek, 38, dari Taman Bertam Perdana, Melaka dan Azimah Abdul Aziz, 41, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Lima pemenang Samsung Galaxy Tab A ialah Lim Jun Ming, 16, dari Port Dickson, Negeri Sembilan, Fatin Umairah Helmy, 11, dari Kulai, Johor, Siti Rohana Hashim, 32, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, Loo Zhi Yuan, 16, dari Bukit Katil, Melaka dan Zainul Azri Ahmad Zainudin, 43, dari Shah Alam, Selangor.

“Kami terharu dan berterima kasih di atas sambutan cukup memberangsangkan daripada pelanggan dan pengguna setia Pallas kerana keselesaan pelanggan adalah keutamaan kami.

“Selain itu, segala maklumat lengkap mengenai pemenang akan disiarkan di Harian Metro dan laman sosial Facebook (FB) serta laman web rasmi Pallas,” katanya.

SRWSB kini dalam usaha mengukuhkan lagi jenama Pallas dengan menampilkan beberapa model terbaru kasut khususnya untuk lelaki dan perempuan kerana banyak keistimewaan diperoleh termasuk lebih ringan, selesa selain cepat kering.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari FB Pallas Malaysia atau laman web www.pallas.com.my.

Disiarkan pada: February 26, 2016 @ 8:45am
d