mutakhir

PM menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud

Oleh myMetro

Jeddah: Datuk Seri Najib Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan lawatan kerja ke Arab Saudi dan perdana menteri dijangka turut menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut sebaik tiba di sini oleh Duta Malaysia Zainol Rahim Zainuddin dan pegawai tinggi Arab Saudi.

Pesawat khas membawa Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz kira-kira jam 11.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin. Waktu Malaysia lima jam lebih awal berbanding waktu Arab Saudi.

Beliau memulakan acara lawatan menunaikan umrah di Makkah pada Selasa.

Malam ini perdana menteri dijadual berkongsi pandangan mengenai sektor swasta dan awam. Najib bakal menyampai ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah 2016.

Disiarkan pada: March 2, 2016 @ 10:06am
d