mutakhir

Sumbangan pusat gelandangan

Prihatin nasib golongan kurang bernasib baik, Sharp-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) memberi sumbangan berupa barangan elektrik untuk kegunaan penguhuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara barangan elektrik disumbangkan peti sejuk, kipas angin, penyaman udara, pembersih udara, ketuhar gelombang mikro dan pencetak pelbagai fungsi bernilai RM45,030.

Pengarah Urusan SRSSC, Takaya Wakasumi berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat selain menyokong usaha murni pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan gelandangan yang selama ini tidak mempunyai tempat sesuai untuk berteduh dan menjalani kehidupan seharian di ibu kota.

“Kami amat berbangga dapat turut sama menyumbang untuk menjayakan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini,” katanya.

Disiarkan pada: March 12, 2016 @ 7:53am
d