mutakhir

Julung kali anjur pertandingan memancing

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) buat julung kalinya akan menganjurkan pertandingan memancing Joran PJ 2016 yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM10,000 untuk kaki pancing seluruh negara.

Pertandingan ini akan diadakan di Tasik Bandaraya Kelana Jaya dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, Sabtu ini.

Timbalan Datuk Bandar Johary Anuar berkata, penganjuran Joran PJ ini sudah sinonim dengan penyertaan kaki pancing yang menghimpunkan pelbagai bangsa, usia dan aktiviti riadah bersama keluarga.

“Acara itu bagi mengisi kalendar tahunan MBPJ dan dijangkakan 800 peserta akan mengambil bahagian.

“Banyak aktiviti sihat boleh dijalankan di taman rekreasi ini dan pertandingan memancing adalah salah satu yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Disiarkan pada: March 24, 2016 @ 7:12am
d