mutakhir

Bangkai merpati bawa petunjuk

Oleh myMetro

Segamat: Penemuan beberapa bangkai burung merpati di kaki lima Jalan Abdullah, di sini, membantu penahanan seorang lelaki kerana memiliki revolver tiruan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, beberapa penduduk berdekatan menemui bangkai merpati di atas kaki lima serta beberapa lagi yang masih hidup, tetapi dalam keadaan lemah pada jam 4 petang.

Katanya, pada mulanya mereka sangka haiwan itu mati kerana cuaca panas, tetapi pelik apabila mendapati ada kesan luka di badan dan kepala burung berkenaan.

“Ketika mencari punca yang boleh dikaitkan dengan kematian burung merpati berkenaan, seorang daripada penduduk terbabit ternampak kelibat lelaki mengacukan objek seperti sepucuk revolver dan melepaskan tembakan ke atas haiwan itu,” katanya.

Disiarkan pada: March 28, 2016 @ 5:11am
d