mutakhir

4 OKU harum nama negara di Bordeaux, Perancis

Oleh myMetro

Sepang: Empat orang kurang upaya (OKU) berjaya mengharumkan nama negara apabila masing-masing membawa pulang pingat dalam pertandingan Abilympic Antarabangsa Kesembilan yang berlangsung di Bordeaux, Perancis, minggu lalu.

Mereka adalah tiga OKU cacat pendengaran iaitu, P Haymasuthan, 34, yang memenangi pingat emas kategori fotografi studio, Yeo Suh Chan, 35 (pingat kecemerlangan kategori lukisan sutera), Mohd Farhan Kamarzaman, 24 (pingat gangsa kategori rekaan web) dan OKU cacat kedua belah tangan, Amran Hamid, 30 (pingat gangsa kategori lukisan )

Haymasuthan ketika ditemui media mengakui terkejut sehingga menjerit kegembiraan apabila diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi kategori berkenaan, memandangkan persaingan dari peserta Korea dan Taipei sangat hebat.

Haymasuthan berkata, dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang menyertai pertandingan itu termasuk perubahan peraturan pertandingan.

Disiarkan pada: March 30, 2016 @ 7:55am
d