mutakhir

Maklumat gula-gula 'pening' palsu

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Kewujudan gula-gula ‘pening’ dengan nama Jaw-Q di laman sosial yang didakwa mengandungi dadah serta boleh mengakibatkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak adalah palsu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu yang menjadi viral di laman sosial.

“Pihak kami sudah memantau perkembangan perkara itu dan gula-gula itu sudah lama berada di pasaran.

“Sekiranya ia memudaratkan dan mengandungi dadah, sudah pasti polis mengambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, gula-gula berkenaan dikeluarkan sebuah syarikat di Myanmar dan ia dijual secara bebas di negara itu malah orang ramai boleh menempahnya melalui laman web.

Disiarkan pada: March 30, 2016 @ 8:00am
d