mutakhir

Bencana kerja pencarum PERKESO meningkat

Serian: Kes membabitkan bencana kerja dalam kalangan pekerja terus menunjukkan peningkatan dalam kalangan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kerajaan memandang serius masalah itu dan berusaha meningkatkan keselamatan sosial pekerja di negara ini dengan mengambil langkah strategik menanganinya.

Menurut beliau, ia membabitkan program perjalanan selamat ke tempat kerja kepada majikan terpilih di seluruh negara, selain mempromosikan aspek kesihatan.

“Kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja yang mengakibatkan kematian di negara ini meningkat daripada 500 kes pada 2014 kepada 1,000 kes tahun lalu,” katanya.

Disiarkan pada: April 4, 2016 @ 5:09am
d