mutakhir

30 delegasi China lawat Terowong Sungai Lembing

Kuantan: Seramai 30 delegasi termasuk wartawan dari Qinzhou, China dibawa melawat Terowong Sungai Lembing di sini, kelmarin.

Ia sebahagian daripada Program Bandar Raya Persahabatan Kuantan-Qinzhou yang berlangsung di bandar ini, selama tiga hari berakhir semalam.

Peserta program, Wen Quan, 33, berkata, program lawatan itu memberinya peluang untuk meneroka tarikan pelancongan di pekan Sungai Lembing.

Dia yang juga seorang wartawan akhbar di Qinzhou berkata, tidak ramai rakyat Qinzhou yang mengetahui sejarah Sungai Lembing yang pernah menjadi pengeluar bijih timah utama dunia.

Menurutnya, dia akan menulis pengalaman melawat Terowong Sungai Lembing ini supaya menjadi tatapan masyarakat di Qinzhou.

Disiarkan pada: April 4, 2016 @ 5:10am
d