mutakhir

Advertorial: Standard halal McDonald's Malaysia diiktiraf

Dedikasi McDonald's Malaysia terhadap keselamatan dan kualiti makanan mengikut undang-undang Islam tidak dapat dinafikan.

Selain daripada mematuhi undang-undang tempatan, syarikat ini juga mempunyai pelbagai prosedur dalaman dan mempraktik langkah perlindungan bagi memastikan semua produk McDonald's Malaysia adalah 100 peratus halal, kata Pengarah Sistem Kualiti, McDonald's Timur Tengah dan Afrika, Dr Habib Mnasria

Menurutnya, McDonald's Malaysia berjaya mencapai pematuhan tinggi dengan bekerjasama dan mengikut semua keperluan serta proses-proses yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia atau JAKIM.

Sebagai pihak berkuasa unggul dalam hal agama Islam dan badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil pengesahan halal, JAKIM telah menyediakan garis panduan dan piawaian ketat bagi pematuhan halal.

Sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk restoran McDonald's Malaysia memberi jaminan bahawa makanan yang dihidangkan mematuhi undang-undang Islam.

Walaupun mencabar, Dr Habib berkata, McDonald’s Malaysia berjaya mematuhi piawaian halal dengan menggunakan pendekatan ladang-ke-garpu (juga dikenali sebagai ‘ladang ke meja’). Kaedah ini melindungi pengeluaran makanan dengan memastikan makanan tidak tercemar dengan bahan-bahan yang dianggap najis mengikut hukum Syarak.

Di semua peringkat rantaian bekalan terdapat mekanisma untuk memelihara identiti makanan yang dihidangkan. Dari ladang, pusat penyembelihan ke kilang pemprosesan, kesemuanya dipantau dengan rapi untuk memastikan pematuhan halal seperti yang ditetapkan oleh badan-badan berkuasa tempatan. Ini termasuk polisi kilang pembuat makanan ternakan untuk memastikan tiada nutrisi dari sumber haiwan dalam penyediaan makanan ternakan.”

Beliau menekankan bahawa produk ayam dari MacFood Services Malaysia yang juga pembekal utama produk daging untuk McDonald’s Malaysia, telah diterima oleh orang Islam di Timur Tengah

Pakar pengurusan keselamatan makanan ini juga menyatakan bahawa pengguna Islam di pasaran seperti Malaysia dan di Timur Tengah tidak perlu khuatir kebarangkalian berlaku pencampuran bahan makanan tidak halal kerana hanya dapur khusus halal yang beroperasi di restoran-restoran di pasaran ini.

MacFood berpegang teguh kepada komitmen halal McDonald’s Malaysia

Kemahiran MacFood Services Malaysia Sdn Bhd adalah untuk memastikan produk halal yang selamat dan berkualiti dihidang kepada pelanggan. Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengeluaran makanan, MacFood mempunyai kepakaran dalam hal piawaian keselamatan makanan antarabangsa dan pematuhan halal.

Sebagai pengeluar produk ayam dan daging lembu yang utama bagi McDonald's Malaysia, pengeluar makanan ini berusaha keras mematuhi keperluan halal sebagaimana yang ditetapkan olek pihak JAKIM.

Dengan bantuan JAKIM, MacFood berjaya memperkenalkan standard halal dalam semua aspek, dari sumber bahan-bahan, pemprosesan, penyimpanan dan pengendalian produk siap.

Syarikat ini mempunyai standard kawalan kualiti yang ketat dan mengendalikan fasiliti pemprosesan daging yang bersih seperti yang ditetapkan oleh McDonald's. Pengeluar ini mempunyai gabungan antarabangsa dan akreditasi dari pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa, serta merupakan pembekal halal terbesar bagi pasaran halal McDonald's di seluruh dunia.

MacFood membekalkan 90 peratus daripada produk ayam kepada semua enam pasaran McDonald's di Teluk Parsi yang meliputi lebih 350 restoran.

Kenali lebih lagi Halal di McDonald’s Malaysia di http://mcdonalds.com.my/food/halal.

Disiarkan pada: April 6, 2016 @ 10:24am
d