mutakhir

HM raih tiga anugerah USIM

Harian Metro memenangi tiga anugerah daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menghargai sokongan akhbar ini dalam memberi liputan berterusan.

Tiga anugerah itu ialah Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Setempat diterima Ketua Biro Harian Metro Negeri Sembilan Alias Abd Rani, Anugerah Penulisan Rencana Kategori Pendidikan diraih wartawan Ruhaiza Rusmin dan Anugerah Senandung Budi menjadi milik Penulis Khas Meor Riduwan Meor Ahmad.

Selain piala dan sijil penghargaan, Alias dan Ruhaiza turut menerima wang tunai RM500 yang disampaikan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Anugerah terbabit disampaikan dalam Majlis Makan Malam Media 2016 di Hotel Palm, di sini, semalam.

Pada majlis sama, Berita Harian turut menerima dua anugerah masing-masing Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Sisipan dan Anugerah Liputan Berita Kampus Kategori Penyelidikan.

Disiarkan pada: April 9, 2016 @ 9:39am
d