mutakhir

'Ledakan' bom air

Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Susulan jerebu yang melanda daerah Papar, Beaufort dan Kuala Penyu akibat kebakaran hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri mengambil inisiatif melaksanakan kerja pemadaman menggunakan kaedah bom air melalui helikopter di hutan simpan Trusmadi, Tambunan, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri Khairul Azuwan Ibrahim berkata, operasi bermula jam 2 petang menggunakan pesawat jenis operasi bermula jam 2 petang menggunakan pesawat jenis MI 17 yang membawa ‘bambi bucket’ sebelum dilepaskan di kawasan terbakar. yang membawa ‘bambi bucket’ sebelum dilepaskan di kawasan terbakar.

“Kebakaran kawasan hutan ini dikesan sejak dua hari lalu dan berikutan lokasinya di tengah hutan, kerja memadam api menerusi jalan darat mustahil dilakukan.

“Bomba mengambil keputusan menggunakan kaedah bom air yang digugurkan melalui helikopter,” katanya ketika dihubungi semalam.

Khairul berkata, kaedah itu sama seperti digunakan ketika kerja memadamkan kebakaran hutan di Keningau pada 17 Mac lalu.

“Unit udara bomba mengangkut air di sungai berhampiran Sook, Keningau sebelum dilepaskan di lokasi kejadian.

“Operasi ini dilaksanakan selama dua jam sebelum operasi berakhir pada jam 4.30 petang,” katanya.

Menurutnya, walaupun api belum padam sepenuhnya, operasi itu berjaya mengurangkan kebakaran yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Kawalan api turut dilakukan bomba menerusi darat.

“Selain hutan Trusmadi, bomba ada melakukan operasi sama bagi mengawal kebakaran di hutan Binsuluk, Beaufort pada 27 dan 28 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata, operasi di hutan Trusmadi akan diteruskan hari ini bergantung kepada keperluan dan keadaan cuaca.

Disiarkan pada: April 9, 2016 @ 9:45am
d