mutakhir

Nenek, 3 cucu nyaris rentung

Teluk Intan: Seorang nenek bersama tiga cucunya terselamat daripada rentung apabila kediaman mereka hangus dijilat api di Lorong Guru, Kampung Bahagia, di sini, pagi semalam.

Kebakaran jam 10.15 pagi itu, membabitkan dua rumah didiami Salasiah Lan, 63, bersama tiga cucunya yang berusia dua, lima dan sembilan tahun, manakala sebuah rumah lagi dihuni Hamdan Aziz, 64, bersama isterinya Saloma Yahya, 57, dan seorang anak.

Menceritakan detik cemas itu, Salasiah berkata, ketika kejadian hanya dia bersama cucunya berada di rumah terbabit kerana suaminya Abu Bakar Hassan, 67, juga pesara Majlis Perbandaran Teluk lntan ke rumah kakaknya di lpoh.

“Saya menjaga tiga cucu kerana ibu mereka (anak) Sawana, 34, dan suaminya Mohd Rosli Mohd Shafie, 37, bekerja.

“Makcik terperanjat bila melihat api menjulang membakar dinding dari bahagian dapur rumah jiran dan terus membawa semua cucu keluar ke halaman rumah apabila melihat api semakin marak,” katanya ketika ditemui semalam.

Salasiah berkata, dia bersyukur kerana mereka terselamat terutama ketiga-tiga cucunya.

Disiarkan pada: April 10, 2016 @ 5:19am
d