mutakhir

Syor Pusat Hak Asasi Manusia di UA

Oleh myMetro

Bangi: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mencadangkan supaya semua universiti awam (UA) mengadakan Pusat Hak Asasi Manusia (HAM) bagi mengembangkan penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang berkaitan, sekali gus mencapai standard negara maju menjelang tahun 2020.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam berkata, UA adalah institusi paling tepat untuk mewujudkan Pusat HAM berikutan memiliki kepakaran mendidik, mengkaji serta menyelidik.

“Ini adalah sebahagian hasrat saya ketika mula memegang jawatan pengerusi dulu bayangkan, dalam kalangan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRIs) di Asia Tenggara ini, Malaysia masih ketinggalan.

“Indonesia, Filipina dan Thailand sudah memiliki sekurang-kurangnya enam Pusat HAM, tapi kita langsung tidak ada.

“Saya percaya, jika Malaysia mampu mengadakan sekurang-kurangnya unit, pusat atau institut, kita bukan saja boleh mengembangkan penyelidikan HAM tapi berupaya memperbaiki pemahaman umum berhubung isu berkaitan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan SUHAKAM di Bangunan Canselori UKM, semalam.

Disiarkan pada: April 12, 2016 @ 7:13am
d