mutakhir

Puteri sulung jantung berlubang

Oleh myMetro

Kuantan: Selepas lima tahun menantikan kehadiran ‘puteri sulung’ dalam keluarga, sepasang suami isteri tidak menyangka mereka menerima dugaan amat berat sehingga membuatkan kehidupan mereka berubah 360 darjah.

Ia selepas anak ketiga yang juga cahaya mata perempuan pertama mereka, Siti Syamimi Maisarah, empat bulan, disahkan menghidap jantung berlubang.

Lebih menyedihkan, bayi berkenaan turut mengalami masalah saluran jantung sebelah kanan yang bengkak.

Ibu bayi itu, Siti Sarah Rahil Mohamed Saffi, 26, berkata, pada mulanya dia dan suami, Muhammad Syakir Mohd Noh, 28, amat teruja apabila mendapat tahu mereka bakal menerima bayi perempuan.

“Selepas dua kali mengalami keguguran, saya begitu mengharapkan mengandung anak perempuan sebagai penyeri keluarga.

“Alhamdulillah, doa saya dan suami dimakbulkan Allah SWT dengan kelahiran Siti Syamimi atau lebih mesra dengan panggil Puteri.

“Namun, selepas sebulan dilahirkan, doktor mengesahkan anak saya ini mengalami masalah jantung berlubang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 162106640213 milik Muhammad Syakir.

Disiarkan pada: April 12, 2016 @ 9:13am
d