mutakhir

Prasyarat calon langsung

Oleh Shamran Sarahan

Kuching: Calon langsung Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) dikehendaki keluar dari parti masing-masing sebelum tarikh penamaan calon.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, jika calon terbabit bukan dari mana-mana parti komponen BN negeri, mereka perlu keluar dari parti masing-masing untuk bertanding menggunakan tiket BN pada PRN-11.

“Selepas pilihan raya, mereka (calon) boleh memilih memasuki mana-mana parti komponen BN negeri dan mereka juga perlu menunjukkan kesetiaan kepada BN.

“Apapun mereka terlebih dahulu perlu keluar dari parti mereka sebagai jaminan bertanding menggunakan tiket BN,” katanya ketika sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Adenan yang juga Pengerusi BN negeri berkata, calon boleh memasuki mana-mana parti dalam komponen BN dan mengharapkan mereka tidak berpaling tadah menentang BN.

“Mereka tidak boleh menyertai parti yang menentang BN. Ada beberapa lagi calon langsung BN yang akan saya umumkan, tetapi jumlahnya masih belum ditentukan,” katanya.

Dalam sidang media itu, Adenan mengumumkan tiga calon langsung iaitu Miro Simuh bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu, John Ilus (DUN Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (DUN Mulu).

Adenan membuat kejutan apabila mengumumkan dua bekas ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Miro dan Gerawat sebagai calon langsung bagi DUN Serembu dan Mulu ketika ramai meramalkan kerusi itu menjadi rebutan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Dengan pengumuman tiga calon itu, Adenan sudah mengumumkan enam calon langsung keseluruhannya.

Sebelum ini, beliau mengumumkan Rosey Yunus yang kekal bertanding di DUN Bekenu, Datuk Dr Jerip Susil (DUN Mambong) dan Dr Johnical Rayong Nyipa (DUN Engkilili).

Beliau turut mengumumkan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya yang juga bekas Mufti Perlis sebagai calon di DUN Jemoreng bagi mewakili PBB.

Calon PBB lain yang Adenan umumkan pada sidang media itu antaranya Datuk Idris Buang bagi DUN Muara Tuang, Awla Dris (DUN Simunjan), Shafiee Ahmad (DUN Daro), Mohd Chee Kadir (DUN Kabong) dan Jefferson Jamit Unyat (DUN Bukit Goram).

Dalam pada itu, dua calon PBB, Datuk Abdul Wahab Aziz dan Datuk Ambrose Blikau akan mempertahankan kerusi masing-masing di DUN Kalaka and Katibas.

Projek mitigasi 33 cerun kurang bencana tanah runtuh

Putrajaya: Projek mitigasi terhadap 33 cerun kritikal di Cameron Highlands, Pahang akan dilaksanakan dengan anggaran kos RM20.8 juta bagi mengurangkan risiko bencana termasuk tanah runtuh, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Disiarkan pada: April 13, 2016 @ 9:32am
d