mutakhir

USIM juara debat

Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) muncul johan menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pertandingan akhir Debat Bahasa Arab Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2016, di Dewan Kuliah Pusat 3, kampus USIM, di sini, semalam.

USIM bertindak sebagai pembangkang dibarisi Muhammad Syafiq Suhaimi, 22, Azka Annisa YusriYurnalis, 23, Anis Amirah Zakaria, 23, dan Adam Fikry Bakru Rozi, 21, manakala UIAM selaku kerajaan dianggotai Muhammad Nurfirman Mohamed, 21, Nurul Rafah Syazwani Rahmat, 22, Nur Faiezah Mohamed, 22, dan Abdullah Aimanrusydi Abdullah, 24.

Kedua-dua universiti berdebat menggunakan tajuk ‘Menyediakan Kerusi Tetap kepada Negara-Negara ASEAN di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lebih baik’.

USIM membawa pulang wang tunai RM4,000, trofi dan sijil penghargaan.

Disiarkan pada: April 19, 2016 @ 7:42am
d