mutakhir

MPPA terima sumbangan program amal

Kuala Lumpur: Persatuan Jurugambar Akhbar Malaysia (MPPA) menerima sumbangan wang tunai daripada Syarikat Mecinda Racing Sdn Bhd untuk Program Kembara Lensa Murni 2 (KLM2), semalam.

Sumbangan disampaikan pengurus jualan syarikat berkenaan Bakri Che Din kepada ahli jawatankuasa KLM2 Mohd Hilmi Mohd Jaafar dan Norwidayanty Juhari.

Pengarah Projek Effendy Rashid berkata, beliau mengalu-alukan syarikat korporat dan orang ramai untuk memberi sumbangan bagi menjayakan program berkenaan yang akan diadakan di Batu Rakit, Terengganu pada 21 Mei ini.

Katanya, 30 jurugambar membabitkan pelbagai agensi media akan berkonvoi sama ada menaiki motosikal, van atau bas ke lokasi program.

Program amal dwitahunan itu dianjurkan MPPA membabitkan 30 anak yatim dari Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin Datul Akhyar Maidam yang berpeluang mempelajari teknik menggunakan kamera SLR daripada jurugambar berpengalaman itu.

Sumbangan boleh diberi dengan menghubungi Effendy di talian 018-9736978

Disiarkan pada: April 21, 2016 @ 7:17am
d