mutakhir

Pengsan di puncak Bukit Keluang

Keletihan dipercayai menjadi punca seorang pelajar Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan pengsan sejurus tiba di puncak Bukit Keluang, dekat sini, pagi semalam.

Nurul Huda Ameyrah Roslan, 19, dari Kampung Melawi, Bachok di Kelantan yang mula mendaki jam 10 pagi bersama 30 rakannya dikatakan pengsan selepas tiba di puncak bukit.

Mangsa terpaksa dibantu sebelum rakannya menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu membawa turun mangsa dari di puncak bukit.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Suhaimi Awang berkata, anggota JPAM yang tiba di lokasi berjaya membawa turun mangsa ke kaki bukit kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Besut untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.

Khamis lalu, seorang pendaki patah kaki selepas tergelincir dan jatuh ke dalam curam setinggi 30 meter dari puncak bukit ketika mendaki bersama lima rakan lain.

Disiarkan pada: April 23, 2016 @ 10:32am
d