mutakhir

Bukit Merah kering [METROTV]

Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bukit Merah: Bahang fenomena El Nino yang melanda negara termasuk Perak bukan saja mengakibatkan kawasan tadahan air semakin kering kontang, malah menjejaskan hidupan hutan dan air termasuk di sekitar Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) apabila keadaan paras air tasiknya semakin kronik.

Lebih membimbangkan apabila haiwan terlindung iaitu orang utan di Pulau Orang Utan turut terancam dengan keadaan semasa ketika ini yang mengakibatkan pulau tumpuan pelancong itu terpaksa ditutup untuk kunjungan orang ramai hampir dua minggu lalu bermula 11 April lalu.

Pengurus Besar Kumpulan (Resort) MK Land Hotel & Resort Kamal Huessein berkata, kakitangan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah terpaksa menaiki kayak untuk ke pulau itu menghantar makanan kepada 24 Orang Utan kerana paras air yang terlalu cetek hingga tidak membolehkan penggunaan bot.

Menurutnya, selain orang utan, aktiviti memancing juga antara tarikan utama pengunjung ke BMLR dan ia tidak boleh lagi dilakukan kerana air yang kering selain spesies ikan yang sebelum ini banyak terdapat di tasik berkenaan seperti toman dan kaloi sudah tiada.

Disiarkan pada: April 23, 2016 @ 10:59am
d