mutakhir

SPRM cari Hafiz, Wan Ahmad

Oleh myMetro

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes oleh suruhanjaya berkenaan.

Menerusi kenyataan SPRM, dua individu itu ialah Mohd Hafiz Yusoff, 45, dengan kad pengenalannya 710309-02-5019 dan Wan Ahmad Don, 47, dengan nombor kad pengenalannya 690129-09-5073.

“Alamat terakhir bagi Mohd Hafiz ialah di Nombor 20, Jalan Nilam 1, Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor manakala, alamat keduanya di Blok F, Tingkat 3, Kiambang Apartment Putra Perdana Puchong dan alamat ketiga di F 339 Felda Pasoh 1, Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan.

“Mohd Hafiz juga adalah bekas eksekutif di syarikat milik kerajaan negeri Selangor,” katanya semalam.

SPRM berkata, alamat terakhir Wan Ahmad ialah di Nombor 91, Kg. Padang Siding, Jalan Kubur Besar, Pauh, Arau, Perlis.

Dalam pada itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Hafiz boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Rosnizam Mansor di talian 019-6001038 atau emel rosnizam@sprm.gov.my atau hadir ke pejabat SPRM berhampiran.

Jika ada maklumat mengenai Wan Ahmad, hubungi Pegawai Penyiasat Hani Marwan Hamim di talian 013-6924841 atau e-mel hani.hamim@sprm.gov.my.

Pegawai lain yang boleh dihubungi berkaitan kedua-dua individu berkenaan ialah E Mey E Boon Him di talian 04-9761982/012-5787691 atau atau emey@sprm.gov.my.

Disiarkan pada: April 25, 2016 @ 5:02am
d