mutakhir

5,500 tiket percuma

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Sempena sambutan ulang tahun ke-25, Harian Metro (HM) buat pertama kalinya berkolaborasi bersama taman tema LEGO® pertama di Asia, LEGOLAND® Malaysia Resort bagi menzahirkan penghargaan buat pembaca setia akhbar ini.

Sebanyak 5,500 tiket percuma bakal diberikan kepada pembaca setia bagi memberi peluang mereka menikmati keriangan di taman tema itu selain meraikan Temasya LEGO® Star Wars™ Days di LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri, di sini.

Menerusi Kempen Penebusan Tiket HM-LEGOLAND 2016 itu, sebanyak 5,500 tiket percuma ditawarkan kepada 2,750 pembaca pertama yang hadir ke Lobi Anjung Liku, Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini bermula 10 pagi hingga 4.30 petang.

Pembaca boleh hadir menebus tiket percuma dengan mengumpulkan 20 keratan kepala akhbar HM dan satu keratan iklan berkaitan kempen penebusan berkenaan bersama borang yang lengkap.

LEGOLAND turut memberi peluang kepada pembaca setia HM untuk mendapatkan 50 peratus potongan baucar bagi pembelian tiket dengan cara yang mudah iaitu membawa keratan iklan ‘LEGO® Star Wars™ Day’ yang tertera perkataan ‘50% Diskaun’.

Semua keratan iklan yang dikehendaki itu boleh didapatkan dalam akhbar HM dari 15 April hingga 5 Mei ini.

Setiap pembaca setia yang berusia 18 tahun ke atas boleh menebus dua keping tiket berjumlah RM450 yang sah digunakan bermula 5 Mei hingga 31 Mei ini.

Memandangkan LEGOLAND adalah destinasi pelancongan yang cukup ideal untuk seisi keluarga, tambahan pula bulan Mei adalah masa yang tepat buat pembaca setia HM berkongsi minat Star Wars™ dengan anak mereka, maka LEGOLAND menjangkakan temasya yang lebih besar.

Malah, ia bakal menjadi acara LEGO Star Wars™ yang terbesar di rantau Asia kerana membabitkan kolaborasi terbesar antara The LEGO® Group dan LEGOLAND® Malaysia Resort.

Selain itu, pembaca setia HM dapat menyertai pelbagai aktiviti lain antaranya membina replika LEGO Millennium Falcon™ yang terbesar di dunia dan antara kapal angkasa ikonik daripada filem terbabit diikuti pembinaan dua kapal ‘TIE Fighters’ pada 7 dan 8 Mei ini.

Pengunjung juga boleh menikmati perarakan ‘Imperial March’ secara langsung yang diketuai oleh tentera Stormtrooper dan Darth Vader™ sambil diiringi pelbagai watak daripada filem berkenaan termasuk lebih daripada 90 watak berkostum Star Wars™ dari 501st Legion yang turut mengambil bahagian.

Disiarkan pada: April 30, 2016 @ 8:03am
d