mutakhir

Tebus tiket hari ini

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Pembaca setia Harian Metro (HM) boleh menebus tiket percuma ke taman tema yang bertemakan LEGO® pertama di Asia, LEGOLAND® Malaysia Berhad bermula hari ini.

Sebanyak 5,500 tiket percuma itu boleh mula ditebus dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang ini di Lobi Anjung Liku, Balai Berita NSTP di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang anda memandangkan promosi menerusi Kempen Penebusan Tiket HM-LEGOLAND 2016 ini terhad kepada 2,750 pembaca setia pertama yang hadir menebusnya, hari ini.

Mereka yang hadir diingatkan supaya membawa borang lengkap berserta 20 keratan kepala akhbar HM dan satu keratan iklan berkaitan kempen penebusan ini.

Setiap pembaca yang berusia 18 tahun ke atas boleh menebus dua keping tiket bernilai RM450 yang sah digunakan bermula hari ini hingga 31 Mei ini.

Selain itu, LEGOLAND turut memberi peluang kepada pembaca setia HM sempena sambutan ulang tahun akhbar ini yang ke-25 bulan lalu untuk mendapatkan 50 peratus potongan baucar bagi pembelian tiket.

Mereka juga perlu membawa keratan iklan ‘LEGO® Star Wars™ Day’ yang tertera ‘50% Diskaun’ disiarkan akhbar HM.

Kerjasama pertama HM dengan LEGOLAND yang juga destinasi pelancongan cukup ideal buat seisi keluarga itu sebagai tanda penghargaan buat pembaca HM.

Jadikan LEGOLAND® Malaysia Resort sebagai destinasi pilihan bersama anak anda sempena cuti sekolah akhir bulan ini.

Mereka yang mempunyai anak berusia dua tahun hingga 12 tahun dialu-alukan mengambil bahagian dan tidak melepaskan peluang keemasan ini termasuk bagi meraikan Temasya LEGO® Star Wars™ Days di LEGOLAND Malaysia Resort.

Temasya kali ini dijangkan lebih besar, malah bakal menjadi acara LEGO Star Wars™ terbesar di rantau Asia kerana ia adalah kolaborasi terbesar antara The LEGO® Group dan LEGOLAND Malaysia Resort.

Kongsikan minat Star Wars™ dengan anak-anak, selain melihat replika LEGO® Millennium Falcon™ yang terbesar di dunia dan antara kapal angkasa ikonik daripada filem terbabit diikuti pembinaan dua kapal ‘TIE Fighters’ pada Sabtu dan Ahad ini.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perarakan ‘Imperial March’ secara langsung diketuai tentera Stormtrooper dan Darth Vader diiringi pelbagai watak daripada filem berkenaan, termasuk lebih daripada 90 watak berkostum Star Wars™ daripada 501st Legion yang turut mengambil bahagian.

Disiarkan pada: May 5, 2016 @ 10:22am
d