mutakhir

Terbabas elak lori

Sungai Petani: Seorang pemandu bas persiaran terselamat dan tidak cedera selepas bas dipandunya terbabas akibat mengelak sebuah lori di kilometer 100.6, Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) arah utara berhampiran Taman Ria, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, lelaki terbabit berusia 40-an memandu bersendirian tanpa penumpang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Kedah, Alor Setar untuk mengambil penumpang.

Pemandu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia memulakan perjalanan dari Pulau Pinang jam 8.50 pagi untuk ke Jeti Kuala Kedah kerana ingin mengambil penumpang yang tiba dengan feri dari Langkawi.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah lori di laluan kanan tiba-tiba masuk ke laluan kiri secara mengejut.

“Saya yang terkejut dengan tindakan pemandu lori itu cuba mengelak menyebabkan bas terbabas dan masuk longkang di tepi lebuh raya sebelum bergolek tiga kali,” katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2016 @ 5:08am
d