mutakhir

Datuk Seri songlap

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Duit ‘hangus’ mencecah ratusan juta ringgit. Itu nasib menimpa beberapa usahawan tempatan apabila didakwa menjadi mangsa penipuan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri.

Mangsa ditipu selepas dijanjikan keuntungan perniagaan pelaburan melalui lelaki terbabit.

Bagaimanapun keuntungan itu gagal ditunaikan malah individu terbabit menghilangkan diri selepas 15 laporan polis dibuat.

Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Hamdan Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu individu terbabit selepas ditawarkan pelaburan perniagaan.

Beliau mendakwa, Datuk Sri berusia 40-an terbabit dikatakan licik menabur janji hingga menyebabkan ramai mangsa percaya dan sanggup menyerahkan wang dalam jumlah besar.

“Kami buat laporan polis ini untuk menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terperinci ke atas individu itu sekaligus membela nasib usahawan yang menjadi mangsa.

“Ini kes serius berikutan membabitkan penipuan ratusan juta ringgit,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Disiarkan pada: May 18, 2016 @ 8:40am
d