mutakhir

Speed&Wheels turun padang

Oleh Erywan Norshal

Seri Kembangan: Booth majalah digital dunia automotif, Speed&Wheels (S&W) bakal menghiasi ruang pameran jualan automotif, My Auto Fest 2016 di Pusat Perdagangan dan Pameran Mines, Seri Kembangan bermula hari ini.

Pengarang S&W, Badrila Jamlus berkata, pengunjung boleh mengetahui lebih mendalam mengenai majalah digital S&W yang diterbitkan setiap bulan dan kini sudah mempunyai dua keluaran iaitu edisi April serta Mei 2016.

Menurutnya, beberapa aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung sepanjang tiga hari di mana mereka boleh menyertai permainan simulasi perlumbaan motosikal di litar.

Disiarkan pada: May 20, 2016 @ 9:19am
d