mutakhir

Perang bendera bermula

Oleh myMetro

Sungai Besar: Perang bendera sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini sudah bermula di kawasan ini sejak beberapa hari lalu.

Sepanjang laluan kiri dan kanan jalan dari Sekinchan hingga ke pekan Sungai Besar, kelihatan bendera Barisan Nasional (BN) dan PAS berkibar sekali gus merancakkan bahang menjelangnya PRK Parlimen itu.

Bilik gerakan atau operasi parti masing-masing juga sudah didirikan. Malah petugas parti masing-masing juga sudah berada di bilik gerakan melakukan persiapan terutama menghadapi hari penamaan calon 5 Jun ini.

Ada juga peraih undi parti masing-masing sudah mula meraih undi dengan mengunjungi rumah penduduk kampung.

Situasi ini akan lebih meriah beberapa hari lagi berikutan hari penamaan calon semakin hampir selain beberapa parti yang bertanding dijangka mengumumkan calon masing-masing tidak lama lagi.

Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Haji Dorani dekat sini, Kamarulzaman Abu Bakar, 44, berkata, pihaknya sudah memasang bendera di PDM itu sejak seminggu lalu malah pelbagai aktiviti sudah diatur dan dilaksanakan.

Disiarkan pada: May 22, 2016 @ 5:19am
d