mutakhir

Kumpul dana melalui Facebook

Pasir Mas: Siapa sangka, hanya menggunakan laman sosial Facebook, Pengasas The Telekung Project, Norazila Aziz, 37, mengumpul sejumlah dana untuk menjayakan Program Kembara Pra Ramadan di beberapa jajahan terpilih di Kelantan.

Menerusi sumbangan orang ramai, beliau menyediakan 627 kit pra- Ramadan untuk diagihkan kepada asnaf, fakir miskin dan anak yatim di negeri itu dan Selangor.

Norazila berkata, sebanyak 227 kit diagihkan di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu semalam manakala baki 100 kit itu diagihkan di Gua Musang minggu depan sebagai persiapan menyambut ketibaan Ramadan.

“Setiap kit mengandungi barangan keperluan dapur dan juga keperluan solat seperti telekung sembahyang serta al-Quran.

“Perbelanjaan yang digunakan untuk menyediakan kit ini hasil sumbangan orang ramai dari seluruh negara dan saya bertindak sebagai wakil mereka untuk menyampaikan amanah itu kepada mereka yang memerlukan di negeri ini.

“Dalam masa terdekat, kita agihkan baki 300 kit berkenaan di Selangor,” katanya di Program Kembara Pra Ramadan, di Wakaf Merah, Tendong, di sini, semalam.

Disiarkan pada: May 23, 2016 @ 7:11am
d