mutakhir

Advertorial: Kempen tampil inovasi LG paling menarik

Sempena musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, LG Electronics (LG) memperkenalkan kempen bertema Bawa Balik Keriangan.

Kempen ini menampilkan inovasi LG yang paling menarik merangkumi produk daripada segmen hiburan kediaman dan perkakasan rumah.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia David Oh berkata, kempen di seluruh negara itu bermula pada 20 Mei hingga 10 Julai 2016 di semua gedung beli-belah utama di seluruh negara.

Antara yang menarik ialah rangkaian OLED TV LG yang dicipta menggunakan satu konsep baru - ‘Kategori Televisyen yang Serba Baharu’. Ia membolehkan penonton menikmati pengalaman kejelasan warna yang tiada tandingannya sekali gus menawarkan kualiti imej luar biasa.

Ini hanya boleh dicapai apabila setiap piksel OLED berupaya menyala dan malap dengan sendiri bagi memaparkan perincian paling jelas dengan kualiti gambar mengagumkan. Super UHD TV LG pula direka untuk menghidupkan setiap warna dan paparan kandungan pada resolusi luar biasa. Melalui teknologi Paparan Quantum IPS 4K yang menerajui industri, penonton boleh meneroka tahap perincian warna yang mengagumkan.

Selain itu, ia juga membuatkan penonton berasa seolah-olah berada di dalam babak yang dipaparkan di skrin televisyen. Serasi dengan format Dolby Vision HDR, Super UHD TV LG mengubah suai tahap cahaya dengan menawarkan gambar seperti HDR biarpun ketika memainkan kandungan daripada format lain bagi memberikan pengalaman HDR yang sebenar.

Menariknya, pembesar suara mudah alih dan alat kawalan ‘magik’ bernilai RM598 akan diberi percuma dengan setiap pembelian LG UHD TV (UH617T) 43 inci. Pengguna juga boleh memiliki pembesar suara bar pada harga diskaun apabila membeli produk hiburan rumah terpilih.

Bagi pelanggan yang mementingkan aspek reka bentuk dan perincian, produk perkakasan rumah termasuklah siri vakum LG CordZero serba baru, peti sejuk Top Freezer, mesin basuh berkapasiti tinggi dan pendingin hawa penghalau nyamuk adalah pilihan terbaik untuk musim perayaan kali ini.

Produk perkakasan rumah jenama itu sememangnya dikenali kerana penjimatan tenaga dan menawarkan pengalaman yang efektif. Misalnya, siri vakum CordZero yang tidak memerlukan anda memasang dan mencabut kord kuasa ketika melakukan kerja rumah.

Peti sejuk Side-by-Side pula membantu mengekalkan kesegaran makanan dan menjimatkan tenaga elektrik sepanjang hari raya ini menerusi ciri penjimatan serta penarafan lima bintang daripada SIRIM.

Teknologi basuhan 6 Motion pada mesin basuh pula menawarkan pembersihan optimum, dengan prestasi basuhan berkuasa, kurang kedutan dan kerosakan untuk pelbagai jenis fabrik. Disokong jaminan selama 10 tahun, Inverter Direct Drive beroperasi dengan senyap menggunakan sebuah motor bersama satu sistem kawalan yang tepat bagi meniru cara membasuh menggunakan tangan.

Pendingin Hawa Mosquito Away juga antara pilihan yang praktikal untuk setiap rumah terutama dengan peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Ia memastikan kediaman kekal segar, nyaman dan bebas nyamuk menggunakan teknologi ultrasonik.

Pelanggan yang membeli produk terpilih akan membawa pulang Luminarc Amberline Vitro Casserole, Glasslock Water Jar, kaca Oven dan barangan eksklusif LG yang lain.

Jenama LG menerima anugerah Inovasi Terbaik untuk produk perkakasan rumahnya dalam acara CES 2016. Euromonitor International Limited turut mengiktiraf LG sebagai Jenama Perkakasan Membasuh Pakaian di Rumah nombor satu di dunia (kecuali China) pada 2014.

Reader Digest Malaysia pula menobatkan LG sebagai Jenama yang Boleh Dipercayai untuk 2014 dan 2015. Maklumat lanjut, sila layari www.lg.com/my atau www.facebook.com/LGEMalaysia.

Disiarkan pada: May 26, 2016 @ 7:38am
d