mutakhir

Jenama tempatan kena ciplak

Kuala Lumpur: Kegiatan ciplak bukan hanya membabitkan pakaian jenama luar negara malah pakaian terkemuka keluaran tempatan jenama Abstrax turut dipalsukan pihak sindiket.

Difahamkan jenama Abstrax yang terkenal melalui rekaan kemeja dengan logo syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dipalsukan kilang haram terletak di luar negara.

Baju eksklusif itu dicetak rompak dijual pada harga jauh lebih murah, sekali gus mengancam usaha perniagaan dilakukan pemilik jenama Abstrax, Mohd Fahmi Mohammad Fabilah, 34.

Dia yang ditemui melahirkan rasa kesal apabila usahanya memasarkan rekaan pakaian jenama tempatan sejak 2008 diambil kesempatan oleh sindiket cetak rompak.

“Pakaian jenama Abstrax digemari golongan belia berikutan ia mempamerkan imej Malaysia, rekaan eksklusif, selain fabrik bermutu tinggi,” katanya.

Namun, dia kecewa ada pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan mudah dengan memalsukan pakaian dihasilkan.

“Hasil siasatan mendapati baju kemeja-T ciplak yang dihasilkan itu dikilangkan sindiket di luar negara sebelum dibawa masuk ke Malaysia.

“Ini sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan saya,” katanya

Disiarkan pada: May 28, 2016 @ 7:26am
d