mutakhir

PM serah zakat FELDA

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpulan Felda berjumlah RM16.3 juta kepada 13 pusat zakat negeri sempena majlis berbuka puasa di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Pada majlis itu, Najib menerima zakat berkenaan dari Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebelum diserahkan kepada wakil pusat zakat negeri.

Terdahulu, 2,000 hadir pada program berbuka puasa berkenaan yang dihadiri menteri Kabinet, menteri besar dan ketua menteri, duta, pemimpin kanan kerajaan dan 100 anak yatim dari tiga badan kebajikan.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Disiarkan pada: June 9, 2016 @ 11:26am
d