mutakhir

Ibu ajar buat syabu

Oleh Fardy Bungga

Ampang: “Saya belajar masak syabu dari emak. Selalu tengok dia hisap (menagih dadah) di rumah,” itu pengakuan mengejutkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah rumah di Ampang Campuran, kelmarin.

Dalam serbuan jam 5 petang itu, lima lagi rakannya termasuk seorang remaja perempuan berusia lingkungan 15 hingga 18 tahun turut ditahan di rumah yang dijadikan ‘sarang’ mereka berkumpul.

Ketika ditahan, semua mereka yang tidak bersekolah turut mengaku menghabiskan masa berkumpul di rumah berkenaan sambil menghidu gam.

Ketua Operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ampang Mohd Alam Shah Hamdan berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam diterima dan risikan pihaknya berhubung kegiatan remaja terbabit.

Disiarkan pada: June 10, 2016 @ 9:17am
d