mutakhir

TH yakin Arab Saudi tambah kuota jemaah haji

Sungai Besar: Lembaga Tabung Haji (TH) yakin kerajaan Arab Saudi akan memperuntukkan kuota jemaah haji tambahan tahun ini.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, secara tradisinya Arab Saudi akan memberikan tambahan jemaah sebanyak 10,000 orang berikutan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Di bawah kepimpinan Raja Salman dan hubungan baiknya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kita akan dapat kita tambahan itu.

“Biasanya kita akan ketahui pada Julai,” katanya kepada media selepas melancarkan Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti Mobile CTC di Dataran Othmaniah Masjid Hashimiah di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai perkhidmatan terkini TH itu, Abdul Azeez berkata, ia adalah inisiatif terbaru bagi memberi kemudahan kepada pendeposit luar bandar.

“Buat masa ini kami ada empat unit Mobile CTC yang akan bergerak di Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Kami akan menambah lagi perkhidmatan ini pada masa depan,” katanya.

Disiarkan pada: June 17, 2016 @ 12:19pm
d