mutakhir

Rezeki lalu depan Balai Wangsa Maju

Kuala Lumpur: Bersempena Ramadan, Balai Polis Wangsa Maju mengambil kesempatan mendekati masyarakat menerusi program pengagihan juadah berbuka puasa kepada orang ramai berhampiran balai polis itu, semalam.

Menerusi program itu, sebanyak 300 bungkusan mengandungi bubur lambuk, air kotak, kurma, surah Yassin, Borang Balik Kampung, risalah pencegahan jenayah serta nombor telefon balai polis itu diedarkan kepada orang ramai seawal jam 6 petang.

Program julung kali itu hasil cadangan Ketua Balai Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Superintendan Cleda F Among@Christopher.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohammad Roy Suhaimi Sarif berkata, program itu bagi memupuk semangat melalui persefahaman serta menjamin perpaduan antara masyarakat dan polis.

Disiarkan pada: June 21, 2016 @ 9:04am
d