mutakhir

Bangun kilang ayam guna inovasi terkini

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Sebuah kilang ayam yang diarah tutup kerana gagal menukar status tanah di Puchong, minggu lalu bakal menjalinkan kerjasama membangunkan semula perusahaannya dengan pakar inovasi dan reka cipta terkenal, Zulkifli Haron.

Dalam satu sesi lawatan ringkas di kilang berkenaan semalam, Zulkifli yang terkenal dengan pelbagai ciptaan dalam dan luar negara itu turut berkongsi bagaimana perniagaan itu dapat dikembangkan menggunakan inovasi terkini selain menjimatkan kos operasi.

“Saya diberitahu Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) akan membantu kilang ini yang diarahkan menghentikan operasi kerana status tanah dan soal kebersihan. Sebagai usahawan yang juga bermula daripada bawah, saya nampak mereka boleh pergi lebih jauh.

“Jadi saya rasa boleh bantu juga dengan melihat apakah inovasi yang boleh diguna pakai di kilang ini. Semuanya sudah ada, mungkin sistem perlu ditambah baik dengan penggunaan peralatan terkini. Ini kilang besar, bukan kecil-kecilan,” katanya yang menyertai Ketua Sekretariat AMIM Yusuf Azmi melawat kilang itu.

Disiarkan pada: June 27, 2016 @ 5:13am
d