mutakhir

Rebut peluang 10 terakhir Ramadan

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini diseru memanfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir Ramadan dengan melipat gandakan ibadah dan berdoa kepada Allah SWT agar menemui Lailatul-Qadar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelebihan dan rahmat dalam bulan penuh keberkatan ini tidak sewajarnya dibiarkan berlalu begitu saja tanpa disedari dan perlu direbut segera.

Beliau berkata, sebagai mana diriwayat dalam sebuah hadis daripada Aishah RA: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk 10 akhir Ramadan, baginda menghidupkan malam dengan melakukan Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan, mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” Wallahu’alam.

“Alangkah beruntungnya sekiranya kita memanfaatkan dan mengambil sepenuhnya peluang beribadah sepanjang hari berpuasa yang berlalu, tetapi seandainya ia berlalu tanpa kita memanfaatkannya, masih belum terlambat untuk kita beramal dan beribadah mengumpul pahala dan rahmat Allah SWT yang berlipat ganda di bulan penuh keberkatan ini.

“Lebih-lebih lagi di penghujung Ramadan, yang di dalamnya ada begitu banyak keberkatan, sehinggakan baginda Rasulullah SAW menghidupkan malam dengan memperbanyakkan ibadah dan amal kepada Allah SWT,” katannya.

Najib berkata demikian dalam catatan terbaru di blog rasminya, www.najibrazak.com, semalam.

Disiarkan pada: June 28, 2016 @ 9:10am
d