mutakhir

Sherry gamit pembukaan Giant

Jertih: Kehadiran artis wanita terkenal Sherry Ibrahim menarik perhatian ribuan pengunjung yang hadir beli belah sempena pembukaan pasar raya besar baru, Giant Jertih, di sini, semalam.

Sherry yang tampil dengan berjubah hitam dan bertudung diserbu ramai peminat yang menunggunya selepas mendapat tahu pelakon berkenaan berada di pasar raya berkenaan.

Sempena dengan pembukaan pasar baru itu, Sherry yang juga menjadi duta produk Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) turut mengacau bubur lambok bersama kru syarikat Adabi.

Kemuncak kehadiran kali pertama Sherry ke bandar itu dimeriahkan lagi dengan program pengagihan bubur lambuk kepada setiap pengunjung yang berkunjung ke pasar raya berkenaan.

Pada majlis itu, sejumlah 10,000 pakej bubur lambuk diagihkan dalam masa setengah jam kepada orang ramai yang berkunjung ke pasar raya terbabit.

Disiarkan pada: July 1, 2016 @ 6:56am
d