mutakhir

V'Asia rai, bantu anak yatim

Oleh Mazizul Dani

Kuala Lumpur: Mengambil keberkatan Ramadan tahun ini, syarikat kosmetik dan barangan kesihatan, V’Asia Cosmetic & Healthcare tidak ketinggalan untuk meraikan anak-anak yatim bagi menceriakan Aidilfitri mereka.

Majlis Santai Iftar Ramadan pada 30 Jun lalu diadakan sebagai satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dari semasa ke semasa.

Bertempat di Kelantan Delights, Subang Jaya, empat rumah anak-anak yatim dari Selangor menerima sumbangan dan barangan keperluan daripada V'Asia.

Pengasas V’Asia Datuk Azril Mohd Radzi menyampaikan sumbangan itu kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Al Firdaus Seksyen U16, Shah Alam dan Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin, Banting.

Dua lagi rumah kebajikan ialah Rumah Amal Suci Rohani Bandar Utama, Petaling Jaya dan Pusat Jagaan Mahligai Zadut Taqwa Seksyen 13, Shah Alam.

V’Asia sentiasa komited dan bertanggungjawab dalam melaksanakan program CSR seumpama ini sejak menerajui sektor pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan herba asli dan ramuan semulajadi pada 2011.

Disiarkan pada: July 4, 2016 @ 6:57am
d