mutakhir

Empat pelancong Thailand parah

Oleh Siti Nadzirah Che Mud

Kuala Krai: Empat pelancong Thailand cedera parah, manakala 11 lagi cedera ringan apabila van yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kampung Manik Urai Lama, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang di sini, petang semalam.

Kejadian jam 3 petang itu, ketika van yang membawa 14 penumpang dipercayai datang dari arah Kota Bharu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan di sebelah kanan jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Razani Mamat mengetuai tujuh anggota keluar ke tempat kejadian bersama dua jentera.

"Sampai di lokasi semua mangsa sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK).

"Kita juga memastikan tiada mangsa yang terperangkap dan tiada bahaya lain yang boleh mencetuskan kebakaran," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2016 @ 10:07am
d