mutakhir

Teringin beraya bersama keluarga

Kuala Terengganu: “Sebelum ini saya tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga empat tahun berturut-turut kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Malangnya tahun ini pula saya gagal bersama mereka kerana perlu bertugas,” ujar Nor Asmizza Zulkifli, 25, pegawai perubatan yang bertugas pada hari raya pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kelmarin.

Asmizza berkata, dia teringin untuk beraya bersama keluarga namun lebih mengutamakan tanggungjawabnya sebagai doktor.

“Sejak mula memilih kerjaya ini, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab diberikan. Justeru saya perlu tabahkan hati demi berkhidmat kepada masyarakat.

“Biarpun harapan saya untuk beraya bersama keluarga tidak kesampaian, ia tidak mematahkan semangat selepas bergelar doktor sejak sebulan lalu,” katanya ketika ditemui wartawan selepas Kunjungan Cakna Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar, kelmarin.

Menurutnya, dia melanjutkan pelajaran di Universiti Alexandria, Mesir, sejak enam tahun lalu dan dalam tempoh itu hanya dua tahun pertama dapat pulang beraya bersama keluarganya di Kuala Ibai.

Disiarkan pada: July 8, 2016 @ 7:05am
d